About

Akses lokasi dan urus niaga:                      
                                      MARKAH 3 (TERBAIK)


Pusat pameran Decon Designs terletak di dalam hab komersial Damansara.Ia mudah di akses melalui Plaza Tol petaling jaya selatan (NPE). Jika dari pusat Bandar Kuala lumpur pengunjung boleh menggunakan laluan Penchala Link. Namun untuk akses pengangkutan awam agak sukar untuk ke kawasan inin kerana hanya terdapat perkhidmatan teksi sebagai salah satu kemudahan awam.Setibanya di pintu masuk Damansara Perdana, dari jalan utama jelas kelihatan entrance statement Ritze Perdana2. Terdapat kemudahan tempat meletak kenderaan di luar dan di dalam bangunan yang disediakan oleh badan pengurusannya. Namun, pengunjung harus bijak memilih waktu untuk ke pusat pameran ini keran ia terletak di kawasan yang kerap berlakunya kesesakan.


                                                  Susunan produk
                                          MARKAH 3 (TERBAIK)


Susunan atur produk dilakukan mengikut jenis dan reka bentuk terbaru diletakkan di bahagian hadapan.Terdapat lebih dari 100 produk yang dipamerkan di dalam ruang pameran ini. Pengunjung boleh merasai dan melihat sendiri material yang digunakan sebelum sebarang proses jual beli dilakukan. Selain itu juga, terdapat katalog khas lengkap dengan informasi untuk pengunjung membuat pilihan bertepatan dengan kehendak mereka.


                                                Layanan:
                               MARKAH 3(TERBAIK)

Pengunjung akan disambut mesra oleh pekerja mahir yang telah dilantik. Sebarang pertanyaan dan khidmat rundingan boleh di dapatkan daripada pekerja yang mahir berbahasa Inggeris mahupun bahasa Malaysia. Selain itu juga, Pengunjung boleh melihat sendiri demonstrasi perabot yang akan dilakukan bergantung pada permintaan seperti penggunaan dan pemangan kanopi,paying,perabot mudah alih dan sebagainya