About

Seseorang usahawan internet, newbie atau orang baru yang ingin memulakan perniagaan online, adalah perlu memahami teknik pemasaran yang baik dan meluas. Tidak semestinya menggunakan sistem berbayar, memadai dengan sistem percuma tetapi anda perlu memilih yang terbaik agar dapat memanfaatkan sebaik mungkin.

kegagalan newbie adalah faktor kelemahan tertentu seperti produk yang tepu dipasaran dan tidak sanggup mempromosi secara berbayar. Niche pilihan yang kurang sambutan atau masalah saingan yang sengit terhadap niche pilihan.

Usahawan internet mendapat jualan tinggi menerusi senarai emel yang dimiliki dan sistem affiliate yang dipasang. Pemberian lesen RR adalah satu tarikan untuk newbie melabur dan mendapatkan pulangan.

Hari ini kesukaran mendapatkan jualan tertinggi berikutan jumlah newbie dan IM yang meningkat seperti cendawan tumbuh di musim hujan. Produk digital tidak agresif lagi dipasaran tempatan.

Penambahan web dan blog baru setiap hari memberi kesan kepada kesukaran untuk mendapat senarai top 10 enjin carian. Setelah web diupload mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk disenaraikan oleh google, yahoo dan MSN seperti yang diharapkan.